Image may be NSFW.
Clik here to view.
Hari Raya aku tahun 2011
Raya 2013 semakin hampir, ramadhan kian melabuhkan tirainya…disamping kita leka dengan persiapan raya jangan dilupakan ibadah puasa perlu juga dijaga. Seperti kata orang dulu-dulu sambil meyelam minum air dan kalau ada peluang tangkaplah ikan sekali. kannn..
Raya tahun lepas aku tak berpeluang beraya dengan keluarga dan teman-teman disebabkan aku berada di Australia kerana tugas untuk universiti perlu diselesaikan. Disaat itu hanya Tuhan yang tahu betapa pilunya hati ini di pagi syawal. Selalu aku tengok di dalam TV tapi kali ni aku sendiri alaminya.
Di saat sanak saudara bergembira di pagi 1 syawal dengan segala pakai baju baru dengan kuih muih dan rendang yang wajib ada di sebagai juadah di kampung halaman di sini aku hanya berpakain kasual, dan sepotong sandwich tidak seperti orang lain rata-rata memakai baju melayu, bersamping dan songkok.
Ahhh rindunya aku dengan Rendang, Lemang, dan kuih Tat Nenas kegemaran ku…..
Aku pula sibuk dengan pelbagai kertas kerja untuk dibentangkan. Sungguh pilu hati ini meronta-ronta kerana masih belum dapat menerima kenyataan akan beraya diperantauan seorang diri tanpa teman-teman dan keluarga.
Dalam jam 8 pagi aku mula meninggalkan hostel untuk ke dewan bagi menghadapi satu tugas yang paling penting dalam hidup aku. Jika di kampung waktu ini lah waktu paling sibuk. Masing-masing akan berebut tandas untuk mandi, manakala aku pula selalu di ‘buli’ oleh abang-abang aku untuk iron baju. memang sangat menyampah waktu tu, tapi bila dalam keadaan ini rindu pula saat itu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Raya 2012 (Nampak tak Perbezaannya)
Sebelum meninggalkan hostel pagi tu terlebih dahulu aku telefon Bonda tercinta untuk meminta ampun di atas segala silap dan salah disamping mendoakan segalanya berjalan lancar. Kalaulah waktu tu aku mempunyai Samsung galaxy S3 sememangnya skype bersama keluarga dipagi raya mampu menambah semangat aku dalam tugasan ni. namun apakan daya keperluan melebihi keinginan. Wang belanja terpaksa berjimat cermat di negara kangaroo itu.
Namun itu cerita dulu, aku tak akan biarkan raya 2013 aku berlalu tanpa keluarga dan teman teman disisi. Tahun 2013 tahun aku. Aku akan beraya sehabis yang mampu dan kembali ke pangkuan keluarga dan kawan-kawan.
terlebih dahulu aku pastikan cuti aku dan adik beradik diluluskan untuk kami semua bersatu di pagi satu syawal nanti.
Raya tahun ni aku akan pulang lebih awal ke kampung untuk tolong siapkan rumah yang dah 3 tahun tidak bertukar warna. langsir dan deko rumah perlulah nampak fresh seiring dengan zaman yang berlalu. Kuih muih kali ini aku akan pastikan ianya hasil tangan aku sekeluarga seperti tahun 90 an dulu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
BBQ bersama teman-teman untuk Raya kedua 2011
Namun deko di rumah tidak akan menjadi kenyataan tanpa Vacuum Cleaner dari Samsung yang pasti memudahkan kerja-kerja pembersihan di sekitar rumah. Di Bahagian Ruang tamu di mana tempat berkumpul sudah semestinya aku merancang untuk meletakkan Samsung smart TV yang pastinya akan menambahkan keceriaan kami sekeluarga menonton rancangan di hari raya nanti.
Bersesuaian dengan cuaca panas Air Conditioner tersangat diperlukan bagi menambah keleselaan kami dan teman-teman yang berkunjung, baru lah gempak dan selesa berkongsi cerita. maklumlah dah bertahun tak jumpa.
Di bahagian dapur sudah semestinya Refrigerator dan Microwave menjadi pilihan aku untuk menyiapkan juadah di pagi syawal nanti. Maklumlah aku bila masuk dapur ni kena semuanya lengkap baru boleh buat kerja.
Setiap detik yang bakal berlalu nanti pastinya perlu di rakam sebagai kenangan untuk mengisi memori bersama keluarga tersayang, mana tahu andai salah seorang dari kami pergi untung selamanya sekurang kurangnya memori bersama tetap tercipta. Galaxy Note, Samsung S3 dan Galaxy Camera sudah tentu menjadi pilihan kami sekeluarga bagi merakam saat indah bersama dan senang untuk berkongsi dengan teman-teman di laman sosial.
Sempena Hari raya yang dijangka tiba pada 8 Ogos dan 9 Ogos merupakan Hari Lahir insan tercinta iaitu bonda aku dan sudah semestinya Washing Machine yang boleh menjadi satu hadiah yang amat berharga buat si ibu.
Raya 2013 MESTI hari Raya….Aku nak kembalikan Zaman hari raya seperti zaman 90 an dahulu….semoga ianya menjadi kenyataan dengan SAMSUNG….
For the last part tentang baju raya tahun ni, tema tahun ni my Mon memilih warna Maroon, Memang salah satu warna kegemaran aku Dan aku juga bertanggungjawab untuk mencari baju sendiri yang berwarna Maroon, dan sudah tentu untuk dapatkan baju raya yang stylo, Mudah dan cepat pastinya pilihan aku adalah Baju Raya di Zalora.
Di sini jua memori tercipta, Walau seketika terjalin kasih kita, Mungkin disini kita kan terpisah, Kenangan bersama tiada kulupa dengan hadirnya Galaxy Note, Samsung S3 dan Galaxy Camera InshaAllah Raya 2013 akan dirakam dengan penuh makna.
The post Raya Moments of Closeness with Samsung appeared first on Faizal Fredley.